seorang
muslimah sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.
Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas
di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas
itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki
(washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan muslimah itu dan
menegurnya...
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Cik tidak boleh
memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat
basuh muka bukan basuh kaki.
Muslimah: (dengan suara lembut dan penuh
rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu
hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua
kali dalam sehari.
Muslimah: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki
saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka
saudari…..
No comments:
Post a Comment