I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 14 May 2011

SINOPSIS EPISOD3 JUVANA tv3

EPISOD 3
Cikgu Zakiah menjerit agar Botak dan kuncunya berhenti, namun mereka pula mengelilingi Cikgu Zakiah kerana mencampuri urusan mereka. Nasib baik, Warden dan cikgu lain ternampak dari jauh dan menghampiri mereka. Botak memberitahu yang mereka sedang membantu Daim tetapi Cikgu Zakiah pula cuba menyatakan apa yang sebenarnya berlaku tetapi Warden tidak mahu dengar. Barulah Kita dapat lihat betapa berpengaruhnya Botak di mata warden. Daim pula semakin tertekan dan merayu pada Apek untuk membantunya cari jalan untuk melarikan diri.

Cikgu Zakiah mencadangkan supaya diadakan pemilihan ketua pelajar yang baru. Botak merasakan Cikgu Zakiah punca permasalahannya cuba mengugut Cikgu Zakiah. Cikgu Zakiah bertindak dengan tenang walaupun dia sendiri takut jika Botak mengapa-apakannya. Cikgu Zakiah mendapat idea. Cuma satu cara untuk dapatkan budak-budak itu untuk mendengar katanya: dengan membuktikan yang dia juga mampu mengalahkan mereka. Cikgu Zakiah mengadakan perlawanan bola dengan para pelajar, dan sekiranya menang, satu pilihanraya pelajar akan dijalankan.

Di perlawanan bola tersebut, semua pelajar memilih untuk menyertai pasukan Botak, jadi Zakiah memilih Daim serta Apek dan Komeng, pelajar yang paling besar serta digeruni di sekolah itu. Oleh kerana tidak ada orang yang berani menegur Komeng (badan besar, IQ rendah dan gagap) mereka semua terkejut bila Komeng menyertai pasukan Cikgu Zakiah. Perlawanan bermula dan Botak serta pasukannya sengaja main kasar. Namun Cikgu Zakiah tidak putus asa dan oleh kerana tidak ada seorang pun dari pasukan Botak yang berjaya menyumbat gol kerana Komeng berjaya menahan setiap cubaan, akhirnya Cikgu Zakiah berjaya menyumbat satu gol dan menang pertaruhannya dengan Warden. Daim dan Apek pula telah diugut oleh Botak dan kuncunya.

Semasa pilihanraya itu diumumkan, Botak hampir menang tanpa bertanding, kerana tidak ada seorang pun yang tampil untuk melawannya, namun di saat akhir, kita melihat Apek mengangkat tangan dan mencalonkan Daim untuk merebut jawatan House Captain. Daim terkejut dan takut, tapi Apek berkata dia akan menolong. Apek berkata House Captain mendapat keistimewaan keluar pada hujung minggu, dan itulah cara untuk mereka lari dari sekolah itu. Jadi mereka wajib menang.

Kempen pun bermula dan sepanjang masa itu, kita melihat Cikgu Zakiah melatih mereka berfikir dan bercakap. Secara tidak langsung mereka juga mula belajar. Namun begitu, Daim akhirnya kalah pada Botak, tetapi berjaya mendapat kawan baru, iaitu Komeng. Pada satu hari, bila makan bersama Daim dan Apek, kita lihat budak-budak gelakkan Komeng kerana dia gagap dan dungu. Kerana malu dan marah, Komeng mengamuk. Apek dan Daim cuba menahannya dan sekaligus jatuh ke lantai bersamanya. Warden Raja ternampak dan mengarahkan mereka

1 comment:

  1. crite ni bestkan??
    crtite die mcm geng bdak skolah jht..brgaduh...
    mcm crite gokusen je kan???
    hahahaha

    ReplyDelete