Assalamualaikum... name... Hazwanyy 15..Sabian.. and nice to meet ya! :]
Wednesday, 29 June 2011
Thursday, 23 June 2011
Sunday, 19 June 2011
NAMA SEBENAR PESALAH JUVANAtv3
BOTAK : ABDUL NAIM BIN MALIK
AYAM - HARIS BIN ISA
APEK - KHAIRUDDIN BIN SHAMSUDDIN
FIT - MUHD RAZIF BIN SULAIMAN
GABAN - AZIZAN BIN SHAFIK
GAJAH - FIRDAUS BIN NASIR
KICAP- RAZMAN BIN ARIFF
KOMENG - AIN ABDULLAH
PANJANG- MOHD ALIFF BIN ZAHID
CHONG - IDRUS BIN GHAZALI
ABE - NIK SHAMSUL BIN NIK AKMAL
AYAM - HARIS BIN ISA
APEK - KHAIRUDDIN BIN SHAMSUDDIN
FIT - MUHD RAZIF BIN SULAIMAN
GABAN - AZIZAN BIN SHAFIK
GAJAH - FIRDAUS BIN NASIR
KICAP- RAZMAN BIN ARIFF
KOMENG - AIN ABDULLAH
PANJANG- MOHD ALIFF BIN ZAHID
CHONG - IDRUS BIN GHAZALI
ABE - NIK SHAMSUL BIN NIK AKMAL
Thursday, 16 June 2011
Tuesday, 7 June 2011
Monday, 6 June 2011
HARIAN METRO ISNIN(6.5.11)
USAH LEKAS JATUH HUKUM
BIAR setinggi mana mesej yang ingin dipaparkan, drama siri Juvana tidak terlepas daripada stigma kolot dan diselar kononnya bagai menyebar persepsi negatif.
Semuanya kerana siri ini bersandar pada kisah golongan remaja yang terjerat dengan seribu satu masalah sosial hingga ditempatkan di sebuah institusi Juvana. Begitu juga plot ceritanya mencerminkan aksi ganas hingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.
Entah fakta mana yang dilihat serta perspektif apa yang dinilai, masih ada suara nakal �menyifatkan drama terbitan Filmscape ini �sengaja �memaparkan segala macam jenis kejahatan remaja dan bimbang ia akan �dijadikan contoh buruk buat penonton khususnya golongan remaja.
Bagaimanapun, barisan pelakon siri ini menyangkal persepsi sebegitu dan menyifatkan apa yang dipersembahkan adalah simbolik sesebuah jalan cerita dan waktu sama, masih sarat dengan mesej dan pengajaran di sebaliknya.
Lihat saja pelakon utamanya, Zahiril Azhim yang melakonkan watak Daim Yahya, meskipun mengangkat karakter remaja bermasalah yang terjerat dengan kesalahan membunuh, apa yang lebih ingin disampaikan adalah keinsafan dan pengajaran kemudiannya.
Kata Zahiril, perjalanan Daim perit kerana terpaksa merempuh detik itu di pusat pemulihan akhlak atas tuduhan yang bukan dilakukannya.
“Usah lekas menjatuhkan hukuman atau menabur persepsi. Jika diperhati dengan teliti dan tidak ketinggalan mengikuti plot ceritanya, Juvana hanya menjadikan semua aksi ganas atau perihal nakal remaja itu sekadar warna pada jalan kisahnya dan bukannya untuk menunjukkan nilai keganasan apatah lagi menyuntik aspek negatif kepada penonton.
“Jujurnya, saya melihat Juvana adalah drama siri yang memaparkan nilai realistik kepada penonton baik pada skripnya, aksi dan gerak lakon mahupun visualnya.
“Ini satu perkemba�ngan yang mencerminkan sudut �positif dalam sesebuah penerbitan drama televisyen. Tidak hanya itu, sebagai seorang pelakon yang sudah terlebih dulu mendalami skrip serta garapan pengarahannya, saya sendiri kagum dengan mesej serta nilai murni yang cuba disulam sepanjang ceritanya.
“Lantas mengapa harus persoalkan pada luaran semata-mata dan sengaja memejam�kan mata akan mesej positif yang ingin dikongsikan itu. Apa yang ingin dipersembahkan adalah sebentuk hiburan ringan namun sarat dengan pengajaran buat penonton,” katanya.
Kronologi Juvana adalah berkisar kehidupan beberapa remaja yang terjerat dengan kesilapan lalu dan disumbat�kan ke sekolah khas. Selain berdepan dengan konflik dan masalah sesama mereka, masing-masing sebenarnya menyembunyikan seribu satu kisah peribadi yang menjurus mereka hingga terpaksa gagal dalam percaturan hidup.
Drama 13 episod yang disiarkan di TV3 setiap Isnin, jam 9 malam sejak 25 April lalu, turut diterapkan elemen drama, permainan emosi dan pengertian hidup dengan lebih jelas dan rasional.
Mana tidaknya, mereka mula belajar sesuatu yang baru dan melalui pengalaman manis. Persahabatan, kasih sayang, dendam dan jiwa memberontak remaja disatukan dan diterjemah dengan kemas menerusi Juvana.
Selain Zahiril, Juvana turut membariskan wajah-wajah baru yang begitu berbakat dan berjaya mengikat perhatian penonton untuk setia menyak�sikannya setiap minggu termasuk Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.
Malah pelakon-pelakon popular turut tampil menguatkan lagi jalan ceritanya termasuk Bront Palarea, Izreen Azminda, Beto Khusairy dan bintang veteran, Kuswadinata.
Selepas enam episod ditayangkan, drama arahan Faisal Ishak ini sudah berjaya menghimpunkan hampir tiga juta penonton setiap episod. Malam ini, sekali lagi pergolakan mereka akan diteruskan untuk episod ketujuh.
Menyifatkan peluang �melakonkan watak sebagai Botak bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Johan melihat Juvana akan meninggalkan impak tersendiri buat peminat drama televisyen selain memberikan sebuah dimensi baru dalam penerbitan drama tempatan.
“Pertama kali saya ke sesi uji bakat dan membaca skripnya sebaik diterima memegang watak Botak, saya sudah boleh membayangkan kelainan yang akan disuntik pada plot ceritanya.
"Malah seperkara yang saya lihat berbeza, Juvana begitu mementingkan pembangunan watak dan karakter. Setiap watak yang diwujudkan punya kekuatan tersendiri,” katanya.
Lain bagi bintang baru berusia 24 tahun yang melakonkan watak Apek, Juvana benar-benar memberikannya satu perspektif baru dalam lapangan seni lakon yang ingin diperjuangkan.
Selain kagum dengan konsep dan idea asalnya, Syazwan turut berasa bertuah kerana akhirnya berpeluang melakonkan sesuatu yang tampak realistik dan boleh memberi pengajaran kepada penonton.
“Mesej yang diceritakan �memang terlalu banyak namun semuanya diletak secara metafora dan penuh simbolik. Pengajaran terbuka luas daripada perjalanan hidup setiap satu wataknya terutama Daim yang begitu kuat melawan hakikat.
“Saya percaya dan yakin Juvana akan memberikan satu pengalaman baru tidak hanya kepada kami barisan pelakon�nya, malah kepada penonton juga kerana jalan ceritanya yang jauh tersasar daripada kebanyakan drama televisyen lain,” katanya.
Juvana kembali malam ini yang akan terus meninjau perjalanan Daim Yahya, remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya dalam meneruskan hidupnya di Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti.

BERITA HARIAN (HIP) 2011/05/04
Biarpun masih baru mereka sudah terkenal kerana kenakalan dalam kaca TV
KETIGA-tiganya masih terlalu baru dalam bidang lakonan. Memanglah ada yang terpinga-pinga siapakah tiga anak muda itu yang sekarang boleh ditonton menerusi drama bersiri Juvana di TV3.
Johan Ariff, 25 bersama-sama Syazwan Zulkifli, 23 dan Adam Shah, 30 memang beruntung kerana mendapat keyakinan daripada pengarah dan penerbit, Kabir Bathia untuk menjadi sebahagian watak utama dalam drama Juvana arahan Faizal Ishak.
Siapakah mereka ini? Adakah mereka memang orang baru dalam dunia lakonan? Menariknya mereka tidak kekok apabila diminta melakukan pelbagai aksi seperti yang diminta oleh jurugambar Hip. Walaupun membawakan watak nakal dalam siri Juvana, tetapi hakikat sebenarnya, mereka adalah ramah dan ‘gila-gila’
Beruntung dapat kepercayaan
Tidak mustahil satu hari nanti mereka bakal mengikut jejak Shaheizy Sam, Shah Jaszle dan ramai lagi. Bukan mudah orang baru seperti mereka meraih peluang muncul di waktu perdana di stesen TV terkemuka, yang menjadi idaman pelakon lama dan baru.
Johan, Syazwan dan Adam beruntung kerana mendapat kepercayaan Kabir Bhatia dan Faizal Ishak untuk menunjangi drama bersiri Juvana.
Mereka bukanlah orang baru kerana ketiga-tiganya sebelum ini pernah menimba pengalaman sebagai pelakon tambahan. Syazwan dan Adam memulakan kerjaya lakonan sejak 2008, hanya Johan yang masih baru berbanding dua rakannya itu.
Dalam Juvana, dia serius dan ganas tetapi realitinya Johan Arrif seorang yang kelakar. Barangkali kerana masih baru dalam dunia lakonan, Johan amat merendah diri, malah segera memohon maaf setiap kali berasakan terlalu banyak bercakap, bimbang ada yang tidak selesa dengan sikapnya itu.
Sengaja mengusik, sikapnya itu mungkin sementara. Setelah dikenali, dia mungkin akan berubah sikap. Tetapi Johan yang berkemampuan menghafaz dua juzuk surah ini berharap tidak berubah sikap apabila dikenali nanti.
“Memang tak dinafikan selepas episod pertama Juvana, ada yang mula memanggil saya dengan panggilan Botak. Waktu itu saya sedang makan di Perlis. Terkejut juga apabila ada yang memanggil nama watak saya. Saya akan membiasakan diri dengan keadaan itu.
“Saya minat berlakon. Tidak salah untuk meminati bidang lakonan dan agama dalam satu masa sama kerana yang penting niat kita.
Peritnya jadi pelakon
SEBELUM berpeluang memegang watak pelakon pembantu, anak muda dari Kuala Lumpur ini terlebih mencuba nasibnya sebagai pelakon tambahan dengan mendaftar diri di agensi lakonan.
Ternyata pengalaman yang bermula pada 2008 itu menyimpan pelbagai kisah suka dan duka. Suka kerana dapat bertemu dengan pelakon yang selama ini menjadi idola tetapi pengalaman duka apabila perlu berdepan dengan pelakon yang kurang mesra.
“Tidak semua pelakon sombong. Ada yang mudah mesra malah tidak kedekut berkongsi ilmu. Rata-rata pelakon lelaki mudah didekati berbanding pelakon wanita. Malah ada yang tidak kedekut memberitahu apa perlu dilakukan untuk membantu menjayakan babak mereka,” kata graduan Kolej Multimedia TM, Kuala Lumpur itu.
Syazwan yang pernah membintangi drama bersiri Gemilang juga terbitan Filmscape berkata, ketika menerima tawaran untuk membintangi Juvana, dia agak risau apabila mengetahui bakal digandingkan dengan Zahiril.
“Dalam Juvana, watak saya banyak bergandingan dengan Zahiril. Disebabkan dia seorang pelakon yang hebat, jadi bimbang kekurangan saya akan menjejaskan lakonan Zahiril. Beberapa hari sebelum penggambaran bermula, saya menghantar khidmat pesanan ringkas kepadanya untuk berbincang mengenai watak kami. Tapi Zahiril kata mahu berbincang di lokasi saja.
“Ketika sesi bacaan skrip, saya tidak sempat berbual dengannya. Jadi saya agak risau apabila mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun sebaik saja kami mula berbual di lokasi, Zahiril mudah didekati dan tidak lokek ilmu,” kata Syazwan yang amat meminati Aaron Aziz dalam filem KL Drift hingga mampu meniru gaya pelakon itu dalam filem berkenaan.
“Bagaimanapun janganlah panggil ustaz atau hafiz kerana saya hanya mampu hafaz satu setengah juzuk al-Quran saja. Saya pernah menuntut ilmu agama di Jambi dan Batam, Indonesia selama setahun tetapi berhenti kerana tidak tahan dengan disiplin ketat yang dikenakan. Alhamdulillah keluarga tidak halang minat saya dalam lakonan, asalkan tahu menjaga nama baik keluarga,” kata penuntut Kolej Universiti Islam Melaka dalam bidang Diploma Kaunseling itu.
Pertama kali memegang teraju utama adalah pengalaman menyeronokkan. Masih berbaki tiga semester untuk tamat pengajian, Johan meluahkan rasa beruntung kerana berlakon di sisi nama hebat seperti Bront Palare, Zahiril Adzim, Beto Khusairy dan Datuk Kuswadinata.
“Bront ada menitipkan ilmu yang sangat berguna. Dia kata untuk menjadi pelakon, ada dua perkara yang perlu dititik beratkan iaitu pendengaran dan pernafasan. Nasihat itu akan saya pegang.
“Begitu juga Zahiril. Dia menjadi rujukan kami ketika di lokasi. Dia nasihat saya supaya memastikan intonasi serta gaya lakonan konsisten dari episod pertama hingga akhir. Jadi saya agak bimbang jika tidak memberikan lakonan yang konsisten,” kata Johan.
Kesungguhan untuk menjadi pelakon yang baik disebabkan minat yang sudah tertanam sejak di sekolah lagi. Johan dikatakan menangis ketika di lokasi kerana tidak mampu mengekalkan intonasi dan gaya lakonan yang sama. Perkara itu didedahkan oleh Syazwan dan Adam.
Kata mereka, disebabkan terlalu menghayati watak Botak juga, Johan tidak sengaja memukul rakannya sehingga berdarah dan lebam.
Ikat perut untuk sara hidup
GARA-gara kilang tempat dia bekerja sebagai seorang jurutera gulung tikar pada 2008, pemuda dari Melaka ini terpaksa mencari alternatif lain untuk menyara hidupnya.
Dari Pulau Indah, Klang, Adam merantau ke Kuala Lumpur mahu meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan tetapi akhirnya niat itu tersasar apabila dia menceburi bidang lakonan.
Melalui profil yang dihantar pada Hari Terbuka FINAS, rezeki Adam dalam bidang lakonan terbuka sedikit demi sedikit. Bermula sebagai pelakon tambahan pada 2008, akhirnya tiga tahun selepas itu, dia ditawarkan menjadi pelakon pembantu. Biar pun lambat, Adam tetap bersyukur kerana bakatnya kian disedari.
“Bermula watak tambahan, saya kemudian mendapat tawaran berlakon dalam drama Akademi Polis. Watak saya dalam drama itu boleh dikira penting juga. Selain menjadi pelakon, saya juga ada melakukan kerja-kerja di belakang tabir seperti membantu pengarah.
“Saya beruntung dan bersyukur kerana akhirnya dilamar sebuah syarikat penerbitan yang terkenal. Saya berharap bakat lakonan saya dalam drama ini dihargai,” katanya yang membawakan watak Ayam.
Watak Ayam katanya, kelihatan tidak begitu jahat tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang pandai memanipulasi keadaan. Oleh kerana bimbang dibuli, dia banyak mengawal Botak hingga Botak tidak sedar dia sebenarnya dipergunakan oleh Ayam.
Thursday, 2 June 2011
sinopsis episode 7 (ary isnin ni)
Daim pula meneruskan pelajarannya dengan membaca buku-buku yang ditinggalkan Cikgu Zakiah. Namun begitu, ketiadaan Cikgu Zakiah begitu terasa oleh Daim. Biarpun sudah mula memperkuatkan ilmu pengetahuan, Daim jelas masih tidak dapat menyingkirkan perasaan takutnya terhadap Botak.
Cikgu Zakiah pula pulang ke rumah ibu bapanya. Kita lihat yang bapanya pandang rendah terhadap profesion guru. Kesemua adik beradik Zakiah merupakan ‘high-achiever’: doktor, peguam, tokoh korporat dan sebagainya. Bapa Cikgu Zakiah seakan malu bahawa anaknya seorang guru, yang dianggapnya profesion yang tidak ada masa depan. Zakiah semakin tertekan, dan hanya ibunya yang tetap memberikan semangat.
Di sekolah, kita melihat ada pelajar baru sampai: Kedah, seorang budak berumur 12 tahun. Biarpun muda dan bersaiz kecil, Kedah begitu berani berhadapan dengan keganasan Botak. Kehadirannya menginspirasikan Daim. Kedah pula mudah berkawan dengan Daim. Lagipun, entah kenapa, Kedah selalu berkata yang dia seperti pernah nampak muka Daim, tapi tak tahu di mana. Keberanian Kedah yang telah memporak perandakan hidup Botak, membuatkan Daim turut berani.
Zakiah akhirnya membuat konfrontasi dengan bapanya, dan bersemangat untuk mengajar semula. Tony pula bekerja balik di sekolah itu. Dia begitu marahkan Daim serta Apek dan mula mengambil langkah untuk membuat kehidupan mereka sengsara.

sinopsis episod 6
Datuk Wira kembali ke sekolah itu selepas berita kematian Fit. Dia marah dengan Warden, dan menyoal siasat setiap pelajar dalam sekolah itu berkenaan kematian Fit, tetapi tidak ada seorang pun yang berani mengaku.
Akibat peristiwa itu, Warden menarik hak istimewa House Captain untuk keluar hujung minggu. Selain itu, Datuk Wira mengarahkan agar semua pelajar diasingkan dalam asrama berlainan agar kes buli tidak berlaku.
Pelajar-pelajar lain terasa dengan kematian Fit terutamanya Panjang. Panjang dan Fit seperti adik beradik di situ. Kematian Fit turut memberi kesan kepada Botak tetapi dia cuba berpura-pura dengan berkelakuan seperti biasa.
Cikgu Zakiah memberikan kaunseling dan cuba untuk mengetahui kebenaran tentang kematian Fit tetapi Panjang terlalu takut kerana ianya berkaitan dengan Botak.
Daim sudah pulang ke sekolah dan mula belajar bawah bimbingan cikgu Zakiah. Daim berkata yang dia tidak mampu melawan Botak dan kuncu-kuncunya. Cikgu Zakiah berkata kalau dia tidak boleh lawan secara fizikal, dia harus berlawan secara mental.
Cikgu Zakiah pula memulakan sesi Perdebatan di dalam kelasnya. Dia membuat begini supaya para pelajarnya dapat berfikir secara kritikal, dan menggunakan ilmu untuk mengalahkan lawan. Lebih penting lagi motifnya adalah untuk menyedarkan Botak. Dia menyuruh Daim berdebat dengan Botak tentang topic gangsterism di sekolah. Botak terasa, dan mengenang kembali kehidupannya sebelum sampai di sekolah itu.
Dalam flashback, kita melihat kisah Botak, seorang remaja yang didera secara fizikal dan mental oleh Ayahnya sendiri. Di sekolah pula, Botak menjadi samseng besar sekolah
Botak kalah dalam perdebatan tersebut, dan Daim mula mendapat keyakinan diri. Apabila Botak ingin menderanya lagi, kita lihat dia mampu menggunakan psikologi untuk melawan serangan Botak.
Botak yang semakin marah, bergaduh dengan Daim di dalam kelas cikgu Zakiah. Pergaduhan Botak dan Daim sampai ke pengetahuan Warden. Warden yang tertekan akibat kejadian Fit, telah memecat Cikgu Zakiah.
Tanpa bimbingan Cikgu Zakiah, Daim terkapai-kapai, dan Botak kembali membuli Daim.

sinopsis episod 5
EPISOD 5
Cikgu Zakiah cuba menasihati Daim, tetapi Daim tidak mahu dengar. Dia sudah serik dibuli.
Pada masa yang sama, Botak bersiap sedia untuk keluar pada hujung minggu. Ini merupakan keistimewaan yang telah diberikan oleh Warden kepada House Captain. Botak memilih Ayam serta Fit, seorang pelajar yang juga penagih dadah untuk keluar bersamanya.
Di Bandar, mereka diiringi oleh Cikgu Azmee yang sentiasa mengawasi mereka. Namun Ayam berperanan mengalihkan perhatian Cikgu Azmee agar Botak dan Ayam boleh pergi membeli dadah dari seorang tokan menggunakan wang belanja yang diberikan Warden.
Tokan itu mengambil wang tersebut dan cuba menipu mereka dengan melarikan diri, tetapi Botak dan Fit berjaya menangkapnya lalu berjaya mendapat dadah yang mereka cari.
Di hospital pula, Cikgu Zakiah yang cuba memberi kaunseling pada Daim kecewa apabila Daim tidak mahu mendengar cakapnya. Sewaktu berjalan di hospital, Daim ternampak Komeng dan jelas Komeng begitu gembira di hospital itu, jauh dari persekitaran sekolah mereka. Cikgu Zakiah mendengar perbualan antara mereka, dan mula mengubah ‘approach’nya dengan Daim. Dia mula melayan Daim dengan penuh kasih sayang, yang membuatkan Daim teringat pada ibunya. Dan akhirnya Daim pun bersetuju untuk belajar dengannya dan kembali ke sekolah itu.
Fit dan Botak begitu gembira dan khayal apabila mereka mengambil dadah di asrama secara senyap.
Di hujung rancangan, Fit ‘overdose’ dadah.

Subscribe to:
Comments (Atom)